Powered By Blogger

Ahad, 5 Julai 2020

10 manfaat Vitamin C kepada Manusia

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis,jenama Vitamin C dijual di pasaran negara kita.. 
Oleh sebab itu,kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih produk yang sesuai untuk diri kita.. 
sekiranya ragu lebih elok bertanyakan kepada pakar ataupun doktor..
Vitamin C adalah sangat penting bagi tubuh badan kita manusia..

Antara 10 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan adalah


1) Meningkatkan sistem imunisasi atau ketahanan badan

Vitamin c membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma dan mengurangkan tanda-tanda demam dan selsema.

2) Membentuk Collagen

Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan. Ia boleh menghalang otot dari menjadi lembik. Vitamin c yang di makan boleh membantu membaik pulih luka, ia juga boleh melindungi kulit dari di rosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

3) Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah tinggi

4) Demam

Vitamin C mengurangkan tanda-tanda demam dan bertindak sebagai agen anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan yang terjadi selepas demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan batuk. Vitamin c mengawal tanda-tanda hendak demam dan membantu cepat baik demam.

5) Untuk Kulit, Vitamin c mencantikkan Kulit.

Ambil vitamin c setiap hari untuk melambatkan penuaan, kulit lebih cerah dan menyekat pembentukan jeragat.

6) Menyembuhkan Luka

Badan menggunakan vitamin c untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus  menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat tumbuh bermakna kekurangan vitamin c. Vitamin c meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk dan sembuh dengan cepat.

7) Melindungi dari Perubahan Kulit

Vitamin c melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Vitamin c juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

8) Mengurangkan Keguguran Rambut

Vitamin C melawan kekurangan kalenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh. Ini kerana kalenjar adrenal adalah punca keseimbangan hormon dalam badan.

9) Melebatkan Rambut

Pengambilan vitamin c yang tidak mencukupi menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan vitamin c boleh menyebabkan rambut bercabang, dann kering.

Radikal bebas terbentuk secara semula jadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksidan pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Mengambil vitamin c yang mencukupi sangatlah penting untuk melindungi dari radikal bebas.

10) Mengelakkan Uban.

Vitamin c bukan sahaja melebatkan rambut malahan mengelakkan dari uban. Vitamin c membantu mengekalkan warna asal rambut dan membantu mengelakkan penuaan rambut.

●  KONSISTEN MENGAMBIL VITAMIN C 
● SUPLEMENT VITAMIN C PALING BAIK DIAMBIL PAGI SEBELUM SARAPAN PAGI ATAUPUN PERUT KOSONG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERBAIK SHARE

khasiat Bunga Telang

》 KHASIAT BUNGA TELANG 《 1.Menyuburkan rambut Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan ramb...